Monday, October 26, 2015

Solusi Thibb Nabawi Untuk Sakit Gastrik


 
Gastrik Atau Gastritis

Gastrik merupakan penyakit radang pada bahagian perut dan kadang-kadang terjadi pendarahan pada perut. Penyebabnya boleh kerana kesan sampingan ubat-ubatan (aspirin, atau ubat tahan sakit jenis NSAID), alkohol, stress atau kerana adanya jangkitan yang disebabkan oleh Helicobacter pylor.

Pada lapisan perut manusia, terdapat sel khusus yang menghasilkan asid dan enzim untuk memecahkan makanan dan menghasilkan lendir untuk melindungi lapisan perut daripada asid. Ketika ada lapisan perut yang meradang, automatik sel tersebut akan menghasilkan lebih banyak asid, enzim dan lendir. Gastrik akan menjadi semakin parah apabila pesakit meminum kopi, alkohol, makanan pedas dan masam, santan dan makanan yang mengandungi gas seperti ubi, buncis dan kubis.

Gejala Klinik
  1. Sakit ulu hati (epigastrum)
  2. Mual dan muntah
  3. Pendarahan pada saluran pencernaan
  4. Suhu badan meningkat, nadi cepat
  5. Sering sendawa terutama ketika perut kosong
Diagnosis
  1. Doktor akan melakukan endoskopi untuk mengetahui gambaran lesi mukosa perut.
  2. Pemeriksaan biopsi histopatologi mukosa perut.
  3. Kultur dan serologi untuk membuktikan adanya jangkitan Helicobakter pylori apatah lagi sekiranya terdapat ulser pada perut dan duodenum.
Perubatan Konvensional
  1. Proton Pump Inhibitor (PPI): Omeprazole
  2. Ranitidin
  3. Antiulserasi: Bismuth
  4. Antasida
  5. Antibiotik diberikan untuk kes gastrik yang disebabkan oleh jangkitan kuman. 
  6. Makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
  7. Hindari makanan yang merangsang dan mengandungi gas.
 Terapi Perubatan Melayu
  1. Betik (melancarkan pencernaan)
  2. Lidah buaya, biji kedaung (melapisi perut, melancarkan pencernaan)
  3. Kunyit, daun ungu (menutup luka pada perut)
  4. Temulawak (merangsang nafsu makan, mengatasi anoreksia)
  5. Madu (antibiotik semulajadi, sangat baik mengatasi masalah pencernaan)
Madu Quadmeds
  1. Madu Gastriquad
  2. Madu Quad
 *Dos dapat dilihat pada broshur produk dan dapat disesuaikan tergantung keadaan pesakit





Ibu Qayyim mengatakan, “Setiap penyakit yang boleh ditolak dengan makanan tertentu dan pencegahan, janganlah cuba menolaknya dengan ubat-ubatan”

Hak cipta terpelihara. Artikel disumbangkan oleh Kumpulan Doktor As Syifa Health 2015 ©

 

No comments:

Post a Comment